Impian Puan Sakinah untuk ke Abu Dhabi

Melancong memang satu yang menyeronokkan kalau kita minat. Tapi boleh jadi memenatkan bila kita hanya buat sebab ikut-ikutan.

Saya pun hanya ada rasa nak melancong bila sedar banyak galakan dari ayat Al Quran untuk melancong. Pasti ada sebab Allah suruh kita berjalan di muka bumiNYA kan.

Tapi saya dah tanam azam hanya akan melancong ke luar negara selepas tunaikan fadhu haji. Rukun Islam pun belum sempurna tak kan nak habiskan duit kat tempat lain kan.

Cuma hari ni perkongsian #TasneemTravel kena cerita tempat impian selain ke Mekah dan Madinah. Jadi saya pun paksa diri lah fikir nak melancong ke mana. Haha.

Cuma dalam banyak-banyak negara, saya suka nak melawat Dubai. Saya dapat rasa Dubai ni ada keunikannya yang tersendiri. Kali pertama dengar nama Dubai semasa kakak saya transit penerbangan ketika belajar di timur tengah.

Cara beliau cerita macam lapangan terbang Dubai tu canggih ja. Terlintas di fikiran saya, ada rupanya ada negara Islam yang moden dalam pembangunan. Selalu tengok Jejak Rasul kan tunjuk bangunan lama ja. Huhu.

Dan kemudiannya barulah saya tau Dubai mempunyai bangunan tertinggi di dunia Burj Khalifa, Hotel termahal di dunia Burj Al Arab dan taman tema terbesar di dunia Wild Wadi Waterpark. Selain tu banyak lagi lah tempat-tempat ekslusif kat sana. Dasyat jugak tanah arab ni kan.

Di Dubai juga ada Global Village, sebuah taman yang mengumpulkan pelbagai negara di dalamnya. Secara tak langsung boleh lah kenal makanan, tempat menarik dan budaya negara lain di situ. Mungkin ia boleh jadi idea untuk dentinasi pelancongan seterusnya kan.

Dan pengetahuan mengenai Dubai semakin luas bila mentor perniagaan saya, Tuan Irfan Khairi berhijrah ke sana. Beliau selalu buat video live dari tempat-tempat menarik di sana.

Beliau sering bersiaran secara live dari kawasan pejabat beliau iaitu Marina Bay. Ia adalah kawasan moden buatan manusia (manmade) yang asalnya merupakan padang pasir. Rasa macam tak percaya jugak la siap ada sungai lagi kat dalam kawasan tu. Siap ada pertunjukan air pancut berirama pulak tu. Tu sebab kena tengok sendiri baru percaya kan.hihi.

Menariknya Dubai ni 80% penduduknya adalah ekspatriat, bukan orang asal sana. Kiranya kalau pergi sana kita pun tak rasa macam berada di tanah arab. Jauh lebih menarik kat sana takda cukai perniagaan tau. GST lagi lah takda. Ehem!

Mungkin faktor tu yang menyebabkan ramai memilih untuk berhijrah ke Dubai. Dengan pendapatan isi rumah 10 kali ganda dari Malaysia, boleh bayangkan lah betapa selesanya kehidupan mereka di sana.

Yang lagi best kadar jenayah di sana sangatlah rendah. Orang Dubai rasa selamat duduk rumah tanpa grill malah ada yang tak kunci pintu. Mungkin sebab keperluan asas mencukupi kan, jadi buat apa nak mencuri lagi. Hukuman jenayah yang berat juga antara faktor yang menjadikan Dubai negara ke 2 selamat di dunia. Nak juga la pergi, boleh merasa selamat tu macam mana kan. hehe.

Ok, ada rasa macam nak pergi Dubai tak lepas baca catatan saya ni? Haha. Nampak macam angan-angan tapi percayalah setiap apa yang terlintas di fikiran kita itu tiada yang mustahil untuk Allah makbulkan.

Dan saat itu kitalah akan menjadi hamba yang sangat bersyukur dan sangat yakin dengan kebenaranNYA, in syaa Allah.

Sakinah Hamid,
Memang suka berangan.Haha

Leave a Reply

Close Menu
×
×

Cart